Friday 15 March 2013

Wan Zack ke FC Ryukyu


Petikan dari Kosmo (Kredit kepada Ahmad Fazli)



TEKA-TEKI dua pemain Harimau Muda yang bakal menyertai Ryukyu FC akhir- nya terjawab selepas Wan Zack Haikal Wan Noor (gambar) dan Nazirul Naim Che Hashim disahkan bakal menyertai kelab divisyen tiga Liga Bola Sepak Jepun (J League) itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh jurula- tih Harimau Muda, Ong Kim Swee yang memberitahu bahawa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengadakan perbincangan dengan Pengurus Besar Ryukyu FC, Kaneko Tatsuhito yang sedang dalam lawatan kerja di ibu negara.
Menurut Kim Swee, wakil kelab Jepun itu sangat mengagumi persembahan yang ditonjolkan oleh dua pemain tersebut dalam satu sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Isnin lalu.
Kim Swee menambah, pemilihan kedua-dua pemain itu sangat tepat kerana beliau percaya gandingan mereka bakal memberi impak kepada skuad kebangsaan kelak.
“Mereka (Ryukyu FC) telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedang mencari seorang pemain sayap dan pertahanan.
“Sebagaimana kita tahu, Wan Zack merupakan seorang pemain yang cukup berbakat. Saya percaya dia tidak akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.
“Nazirul Naim, pula adalah seorang pemain pertahanan muda sering berusaha keras ketika beraksi di atas padang. Dia pantas dan mampu bermain di posisi pertahanan kiri atau sayap kiri.
“Kedua-dua pemain ini akan menyertai Ryukyu FC dan saya berharap mereka akan memberikan satu sumbangan besar kepada skuad negara selepas menyarungkan jersi kelab itu kelak,” kata- nya kepada pemberita semalam.
Pada masa yang sama, Kim Swee menegaskan, beliau berharap pemergian barisan pemain pada kali ini akan memberikan seribu manfaat kepada negara terutama skuad kebangsaan.
Ini kerana pengendali kelahiran Melaka itu menyifatkan beliau tidak rela lagi untuk menyaksikan kepulangan pemain negara tanpa pengetahuannya sebagaimana yang dilakukan oleh bintang muda, Muhammad Nazmi Faiz Mansor sebelum ini.
Nazmi mengambil keputusan meninggalkan kelab Portugal, S.C. Beira-Mar untuk menyarung jersi Selangor PKNS tanpa perbincangan dengan FAM terlebih dahulu.
Jelasnya, ia dilihat satu pelaburan yang sangat tidak berbaloi selepas FAM bersusah payah merealisasikan impian pemain muda negara untuk menimba pengalaman di luar negara.


0 comments: