Tuesday 26 March 2013

Persahabatan Amal Antarabangsa : Malaysia Tewas lagi


PAHANG: Malaysia tewas kepada Palestin dalam perlawanan persahabatan amal 0-2 semalam.
Perlawanan itu,di Stadium Darul Makmur dianjurkan bagi memberi bantuan kepada Palestin dan mengisi Tabung Wira Lahad Datu.

Dalam perlawanan itu, pemain Palestin membuka tirai jaringan sebelum masuk waktu rehat menerusi voli cantik menewaskan penjaga gol negara Farizal Marlias. Malaysia melancarkan beberapa serangan, namun berjaya dipatahkan lawan yang di ranking 150 dunia itu. Pada minit terakhir, Malaysia dihukum lagi menerusi gol hasil sepakan percuma pemain Palestin. Keadaan semakin buruk buat Malaysia, selepas pemain Malaysia Mohd Taj Tajudin menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

Namun penjaga gol muda negara berjaya menyelamatkan sepakan itu. Tamat perlawanan Malaysia 0-2 Palestin. Ini merupakan kekalahan lagi bagi Malaysia selepas menang ke atas Yaman 2-1.

0 comments: