Sunday 24 March 2013

Vucinic: Montenegro akan atasi England



Vucinic

PODGORICA: "Mengejutkan jika England menjuarai kumpulan kelayakan Piala Dunya 2014 dan bukan Montenegro" kata kapten Montenegro yang juga penyerang Juventus, Mirko Vucinic. Penjaring kemenangan semasa menang 1-0 ke atas Moldova menambah rakan penyerang dari Fiorentina, Steven Jovetic akan 'menenggelamkan' persembahan Rooney pada aksi 26 Mac ini.

The Three Lions mengatasi Montenegro dengan kelebihan dua mata. Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak takut kepada England dan berasakan mereka akan mampu merampas tiket automatik ke Brazil 2014.
Tambahnya lagi, Rooney bukanlah ancaman sebenar pada pertembungan kedua-dua pasukan itu esok.

Rooney juga pernah dibuang padang semasa pertemuan kelayakan Euro 2012 selepas meyepak pemain tengah Montenegro, Miodrag Dzudovic 17 bulan lalu. Rooney digantung dua perlawanan pada Euro 2012 dan pasukannya tersingkir kepada Itali menerusi penentuan penalti.

Sumber dan kredit kepada: http://www.mirror.co.uk

0 comments: