Monday 20 May 2013

UEFA LIGA JUARA-JUARA: Final Wembley 2013 ' Malam Jerman'






Malam Jerman. Itulah pendapat penulis mengenainya setelah kedua-duanya membenam wakil Sepanyol dengan jumlah jaringan dan agregat terbesar. Dortmund 4-3 Real Madrid, Bayern 7-0 Barca sekaligus kelab Jerman kini gah setelah beberapa episod mengecewakan beberapa musim lalu.

Dalam musim 2011/2012 Real dikecewakan Bayern menerusi penalti 3-1 selepas terikat 3-3 secara agregat.
Kemudian Bayern tewas di final kepada Chelsea menerusi penalti.
Dortmund pula gagal melepasi peringkat kalah mati selepas menduduki tempat tercorot dalam kumpulan F dengan mengumpul 4 mata hasil 1 kemenangan 1 seri dan 4 kalah.

Musim ini merupakan antara yang terhebat, terbaik dan menghairankan peminat setia liga ini.
Kedua-dua kelab Jerman dan Sepanyol mara ke separuh akhir namun nasib lebih menyebelahi kelab Jerman.
Keadaan ini hampir serupa pada 2007/2008 menyaksikan tiga kelab besar EPL, Man.United, Liverpool, dan Chelsea mara ke separuh akhir. Sudah tentulah akan menemukan dua kelab dari EPL apabila Barca satu-satunya yang mara ke separuh akhir. Man .Utd juara dengan menang 6-5 menerusi penalti dengan Chelsea di final dalam hujan lebat di Luzhniki,Russia.

Apapun cukup menghairankan apabila Barca begitu mudah dibenam 4-0 pada perlawanan pertama, 3-0 pada perlawanan kedua. Manakala keajaiban berlaku di Signal Iduna Park apabila Robert Lewandowski menjaringkan empat gol menentang Real. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan mana-mana penyerang menentang kelab yang berprofail tinggi seperti Real Madrid. Sesetengah peminat percaya dengan tahyul bahawa mana-mana kelab Inggeris,Itali, Sepanyol mahupun Perancis tidak akan menang di Jerman. Bagi penulis mungkin ini hanya sokongan padu peminat sahaja dan mereka yang berusaha keras untuk menang lalu memperolehinya dengan takdir Tuhan.

Dalam hal perlawanan membabitkan antarabangsa, Jerman pula dikatakan 'disumpah' apabila tidak pernah mengalahkan pasukan Itali dalam pertandingan antarabangsa sejak Piala Dunia 1970, 1982, 2006. Euro 96 dan terbaru Euro 2012 menyaksikan Jerman tunduk 2-1. Macam-macamlah.

Sesungguhnya ini merupakan antara kekecewaan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia yang pasti dingati pemain,jurulatih mahupun peminat seluruh dunia. Apapun yang terjadi, malam itu tetap menjadi "Malam Jerman"!!


0 comments: