Saturday 18 May 2013

PEMAIN LAGENDA BULAN INI: MOKHTAR DAHARI & MARADONA

Ya! Bukan satu tapi dua pemain berbanding artikel lepas. Aku letak dua pemain ni sebab ada kaitan sikit.
Kenapa? Sebab kedua-duanya pernah bertembung dalam perlawanan persahabatan Selangor menentang Boca Juniors. Boca menang 2-1. Apapun Selangor hebatlah sebab Boca tak boleh makan Selangor dengan jaringan yang besar. Ada yang kata permainan Selangor setaraf Boca, ada kata nasib baik aje dan padang Malaysia menyebabkan Boca tak form. Haha macam-macam. jom layan gambar mereka.



Kredit kepada :rrealitiabadi.blogspot.com



Kredit kepada: bazookapenaka.com


Mokhtar Dahari lahir pada 13  November 1953 meninggal pada 11 Julai 1991 akibat penyakit saraf dan otot. Menjaringkan 125 gol buat Malaysia walaupun kap hanya 35 sahaja. 177 gol buat Selangor menjadikannya pemain yang menjaringkan gol terbanyak buat Selangor.

Sementara itu, Maradona lahir pada 30 Oktober 1960, menjaringkan 34 gol dengan 91 kap.Gol terbanyak beliau adalah sebelum menyertai Boca iaitu di Argentinos Juniors dengan 115 gol. Sekarang beliau tidak punya pekerjaan selepas dipecat dari kelab Arab, Al Wasl pada 2012. Seorang pemain dan jurulatih yang mencipta banyak kontroversi sepanjang kehidupannnya.





0 comments: