Liga Super Asean dilancar 2015
Kredit kepada Sinar Harian
PERSEKUTUAN Bola Sepak Asean (AFF) hari ini mengumumkan penubuhan Liga Super Asean yang akan dilancarkan pada tahun 2015.
Anggota Jawatankuasa AFF merangkap Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang mengumumkan perkara itu bertitah liga tersebut dijangka diwakili 16 pasukan.
"Butiran mengenai liga tersebut masih lagi dalam proses perbincangan. Tapi buat masa ini 16 pasukan mungkin akan menyertai liga tersebut dan setiap negara boleh menghantar dua pasukan.
"Pertandingan akan dibuat secara francais dan setiap kelab boleh mempunyai dua pemain dari negara Asean dan enam pemain bukan dari negara Asean," titah baginda kepada pemberita sebelum majlis makan malam sempena Anugerah AFF 2013 di sini hari ini.
Asean terdiri daripada Malaysia, Singapura, Thailand, Vietnam, Indonesia, Filipina, Kemboja dan Myanmar. - Bernama

0 comments:
Post a Comment