Tuesday 26 March 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014 (Zon Eropah): Kupasan

Perlawanan awal pagi tadi 27 / 3/ 2013

Jaringan terbesar : Poland 5-0 San Marino

Dua jaringan pemain profilik Robert Lewandowski membantu kemenangan Poland dalam kumpulan H.Kedua-duanya menerusi sepakan penalti.Kemenangan itu mengatasi Ukraine yang berada di tangga keempat.Pemain lain yang menjaringkan gol ialah  Lukasz Teodorczyk,Jakub Kosecki dan Lukasz Piszczek.

Perlawanan sengit : France 0-1 Spain

Pedro Rodriguez menjaringkan gol tunggal di stadium Stade de France. Dalam perlawanan itu Sepanyol menguasai permainan. Perancis sentiasa memberi serangan bahaya menerusi Franck Ribery,Paul Pogba,Rafael Varane dan lain -lain namun tak berjaya menewaskan Victor Valdes.

Kemudian mereka dipaksa bermain 10 orang selepas Paul Pogba dibuang padang. Karim Benzema yang dikritik kerana masih gagal menjaringkan gol, membuat satu percubaan setidak-tidaknya menghasilkan gol hasil hantaran Cristophe Jallet.

Ini satu kelegaan buat Sepanyol selepas mereka diikat Finland dan Perancis 1-1 di laman sendiri. Keputusan ini menyaksikan mereka mengatasi Perancis dengan satu mata dengan tiga lagi baki perlawanan sebelum kelayakan menutup tirai.

Perlawanan yang dijangka keputusannya : Germany 4-1 Kazakhstan

Seperti dijangka Jerman tiada masalah mengatasi Kazakhstan 4-1. Antara barisan pemain Jerman terdiri daripada empat pemain Borussia Dortmund. Ilkay Gundogan, Marco Reus dan Mario Goetze. Ketiga-tiga pemain itu menjaringkan gol dengan dua dari Reus.Bagaimanapun, jaringan hanya bermula pada minit ke-21. 

Gol sagu hati pelawat dijaringkan sendiri pemain Jerman, Heinrich Schmidtgal.


Perlawanan hambar : Montenegro 1-1 England

Perlawanan di Podgorica semalam hampir-hampir ditangguhkan berikutan cuaca yang tidak menentu. Segalanya menjadi buat England apabila penyerang United, Wayne Rooney menjaringkan gol seawal minit ke enam perlawanan. Bagaimanapun, tuan rumah bangkit menerusi Dejan Damjanovic di separuh masa kedua dan menguasai permainan.

Keputusan ini, menyaksikan England kekal di tangga kedua. Selepas ini Roy Hodgson perlu melakukan sesuatu bagi menguatkan pasukannya jika mahu layak secara automatik ke Brazil nanti.
                                                               







    



0 comments: