Sunday 13 October 2013

Adnan Januzaj ; Bakat muda dari Belgium


BIODATA

Nama : Adnan Januzaj

Tarikh Lahir5 Februari , 1995 (18 tahun)
Tempat Lahir : Brussels, Belgium
Tinggi5' 11" (1.80 m)
Berat165 paun (75 kg)
Mula karier2013
Pasukan sekarangManchester United F.C. (#44 / Pemain Tengah)
Warganegara: Belgium(Albania, Turki, Serbia, England dalam perhatian)


Sekarang sudah kecoh di media massa sama ada media cetak dan elektronik mengatakan tentang pemain ini. tidak terkecuali-lah FB,Twitta, dan Blog (termasuklah blog ini,walau dah lama tak kemas kini!). Penulis pun baru kenal beliau walaupun tak pernah jumpa secara depan-depan.(Kamu pun begitu jua kan?). Tidak kurang juga ada perkara kurang enak untuk didengari.


Status kewarganegaraan dipersoalkan

Adnan Januzaj layak mewakili Belgium berdasarkan tempat kelahirannya. Bagaimanapun, beliau juga boleh mewakili Albania kerana ibu bapanya berdarah Albania-Kosovo. Kosovo pula masih belum menjadi negara merdeka sepenuhnya. Jadi, Serbia juga boleh mengalu-alukan beliau mewakili negara kerana Kosovo dalam wilayah Serbia. Sementara Turki berdasarkan pada neneknya. Boleh jadi juga beliau menyarung jersi England jika menetap lama di England selama 5 tahun.

Namun, Jack Wilshere berpendapat hanya orang Inggeris layak mewakili England. Maksudnya yang betul-betul lahir di England. Bagaimanapun, kenyataan ini banyak disalah tafsir sama ada daripada orang awam mahupun pihak media. Ini merupakan kenyataan daripada Tweeter beliau...


Adapun kini ramai pemain yang berhadapan kes seperti Januzaj ini. Contohnya Carl Jenkinson (Arsenal, Finland-England), Laurent Konscielny (Arsenal, France-Poland) Ludovic Obraniak (Bordeux, France-Poland), Mesut Oezil (Germany-Turkey) dan Robert Aquafresca (Bologna, Italy-Poland). Ini mungkin disebabkan peraturan kewarganegaraan membenarkan memegang lebih daripada satu kewarganegaraan.


Kesimpulan

Pendapat penulis, keputusan bergantung kepada pemain itu sendiri yang mahu memilih untuk mewakili mana-mana negara yang berhak diwakilinya. Ada baik dan buruknya apabila boleh memilih mewakili beberapa negara pilihan, antaranya menaikkan lagi ranking negara tersebut. Jika prestasinya terbaik ini membawa keuntungan dalam pasukan kebangsaan sesuatu negara. Hei-hei Balloteli pun wakil Itali la. Tapi sayyyang bak kata Salem itu budak suka buat hal.


P/S : Junior Eldstal dah wakili Malaysia. Harap pihak FAM boleh bawa lagi pemain berbakat yang ada keturunan dari Malaysia walaupun dia ada boleh wakil negara lain. Mana tahu kalau berbakat...





Sumber & kreditwww.huffingtonpost.co.uk-Gambar
                         daily mirror.uk-Twitter Wilshere