Monday 27 May 2013

UEFA LIGA JUARA-JUARA : Bayern akhiri badi, Dortmund kecewa lagi



Keputusan semalam menyebelahi Bayern dengan 2-1 mengatasi Dortmund. Ini adalah kejuaraan kelima buat
Bayern selepas kali terakhir merangkulnya pada 2001. Bayern menang penalti ke atas Valencia 5-4. Dortmund, juara 1997 gagal menamatkan penantian 16 tahun untuk kejuaraan keduanya.

Untuk rekod Bayern telah menang pada tahun 1974, 1975, 1976, 2001 dan 2013. Malah mencipta treble kejuaraan apabila menang Bundesliga, Piala Jerman dan Liga Juara-Juara UEFA.


Jom tengok imbasannya.....





Monday 20 May 2013

UEFA LIGA JUARA-JUARA: Final Wembley 2013 ' Malam Jerman'






Malam Jerman. Itulah pendapat penulis mengenainya setelah kedua-duanya membenam wakil Sepanyol dengan jumlah jaringan dan agregat terbesar. Dortmund 4-3 Real Madrid, Bayern 7-0 Barca sekaligus kelab Jerman kini gah setelah beberapa episod mengecewakan beberapa musim lalu.

Dalam musim 2011/2012 Real dikecewakan Bayern menerusi penalti 3-1 selepas terikat 3-3 secara agregat.
Kemudian Bayern tewas di final kepada Chelsea menerusi penalti.
Dortmund pula gagal melepasi peringkat kalah mati selepas menduduki tempat tercorot dalam kumpulan F dengan mengumpul 4 mata hasil 1 kemenangan 1 seri dan 4 kalah.

Musim ini merupakan antara yang terhebat, terbaik dan menghairankan peminat setia liga ini.
Kedua-dua kelab Jerman dan Sepanyol mara ke separuh akhir namun nasib lebih menyebelahi kelab Jerman.
Keadaan ini hampir serupa pada 2007/2008 menyaksikan tiga kelab besar EPL, Man.United, Liverpool, dan Chelsea mara ke separuh akhir. Sudah tentulah akan menemukan dua kelab dari EPL apabila Barca satu-satunya yang mara ke separuh akhir. Man .Utd juara dengan menang 6-5 menerusi penalti dengan Chelsea di final dalam hujan lebat di Luzhniki,Russia.

Apapun cukup menghairankan apabila Barca begitu mudah dibenam 4-0 pada perlawanan pertama, 3-0 pada perlawanan kedua. Manakala keajaiban berlaku di Signal Iduna Park apabila Robert Lewandowski menjaringkan empat gol menentang Real. Sesuatu yang agak mustahil dilakukan mana-mana penyerang menentang kelab yang berprofail tinggi seperti Real Madrid. Sesetengah peminat percaya dengan tahyul bahawa mana-mana kelab Inggeris,Itali, Sepanyol mahupun Perancis tidak akan menang di Jerman. Bagi penulis mungkin ini hanya sokongan padu peminat sahaja dan mereka yang berusaha keras untuk menang lalu memperolehinya dengan takdir Tuhan.

Dalam hal perlawanan membabitkan antarabangsa, Jerman pula dikatakan 'disumpah' apabila tidak pernah mengalahkan pasukan Itali dalam pertandingan antarabangsa sejak Piala Dunia 1970, 1982, 2006. Euro 96 dan terbaru Euro 2012 menyaksikan Jerman tunduk 2-1. Macam-macamlah.

Sesungguhnya ini merupakan antara kekecewaan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia yang pasti dingati pemain,jurulatih mahupun peminat seluruh dunia. Apapun yang terjadi, malam itu tetap menjadi "Malam Jerman"!!


Saturday 18 May 2013

PEMAIN LAGENDA BULAN INI: MOKHTAR DAHARI & MARADONA

Ya! Bukan satu tapi dua pemain berbanding artikel lepas. Aku letak dua pemain ni sebab ada kaitan sikit.
Kenapa? Sebab kedua-duanya pernah bertembung dalam perlawanan persahabatan Selangor menentang Boca Juniors. Boca menang 2-1. Apapun Selangor hebatlah sebab Boca tak boleh makan Selangor dengan jaringan yang besar. Ada yang kata permainan Selangor setaraf Boca, ada kata nasib baik aje dan padang Malaysia menyebabkan Boca tak form. Haha macam-macam. jom layan gambar mereka.



Kredit kepada :rrealitiabadi.blogspot.com



Kredit kepada: bazookapenaka.com


Mokhtar Dahari lahir pada 13  November 1953 meninggal pada 11 Julai 1991 akibat penyakit saraf dan otot. Menjaringkan 125 gol buat Malaysia walaupun kap hanya 35 sahaja. 177 gol buat Selangor menjadikannya pemain yang menjaringkan gol terbanyak buat Selangor.

Sementara itu, Maradona lahir pada 30 Oktober 1960, menjaringkan 34 gol dengan 91 kap.Gol terbanyak beliau adalah sebelum menyertai Boca iaitu di Argentinos Juniors dengan 115 gol. Sekarang beliau tidak punya pekerjaan selepas dipecat dari kelab Arab, Al Wasl pada 2012. Seorang pemain dan jurulatih yang mencipta banyak kontroversi sepanjang kehidupannnya.





LIGA PERDANA INGGERIS: Perlawanan akhir dan penyingkiran

Hari Ahad ini 19 Mei 2013 merupakan perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris sebelum melabuhkan tirainya musim ini. Ketika Manchester United sudahpun meraikan kejayaan liga kali ke-20 dan persaraan Sir Alex Ferguson dan Lagenda Paul Scholes sudah tentu menambah emosi bagi perlawanan terakhir ini.

Tottenham dan Arsenal yang merupakan musuh setempat akan bersaing merebut tempat Liga Juara-Juara UEFA. Tottenham perlu menang dan Arsenal perlu seri sahaja untuk tempat itu.

Pasukan yang tersingkir ialah Wigan, Reading dan QPR. Ironinya walaupun memenangi piala FA menentang City masih belum cukup buat pengendali Wigan, Roberto Martinez mengelakkan pasukannya tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Sementara QPR yang berbelanja besar perlu melakukan 'post mortem' mengenai kegagalan mereka mengekalkan diri di musim ketiga begitu juga pasukan Reading

Berikut adalah jadual perlawanan akhir musim ini.  Sumber dan Kredit :premierleague.com


                                                              Musim: 2012/13
Sunday 19 May 2013
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Chelsea v Everton
Stamford Bridge

 http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Liverpool v QPR
Anfield
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Man City v Norwich
Etihad Stadium
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Newcastle v Arsenal
St James' Park
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Southampton v Stoke
St. Mary's Stadium
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif

http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Swansea v Fulham
Liberty Stadium
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif

http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Tottenham v Sunderland
White Hart Lane

http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
West Brom v Man Utd
The Hawthorns

http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
West Ham v Reading
Boleyn Ground
http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif

http://www.premierleague.com/etc/designs/premierleague/images/shim.gif
16:00
Wigan v Aston Villa
The DW Stadium


.